Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh semasa sesi penyerahan hadiah kepada johan sekolah pada Majlis Penutupan Program CIP KPS Peringkat Kebangsaan 2023 di Eastwood Valley, Miri, hari ini. Foto: TVS

16 sekolah seluruh negara terlibat program CIP KPS Peringkat Kebangsaan

MIRI, 22 Ogos: Program Cabaran Interaktif Pengguna (CIP) Kelab Pengguna Sekolah (KPS) Peringkat Kebangsaan 2023 telah menerima penglibatan 80 pelajar dari 16 sekolah seluruh negara bermula Ahad hingga hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh berkata, program itu menerima peningkatan jumlah penglibatan pelajar dari 640 sekolah pada tahun lepas kepada 641 sekolah pada tahun ini.

“Kita juga amat berbesar hati kerana pada tahun ini, 641 sekolah telah terlibat di dalam CIP dengan 2564 pelajar dari seluruh negara berbanding tahun lepas, 640 sekolah terlibat. Jadi ada peningkatan dari jumlah yang terlibat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Program CIP KPS Peringkat Kebangsaan 2023 di Eastwood Valley hari ini.

Fuziah berharap melalui program itu peserta dapat menjadi pelapis dan advokator kepada pelajar lain untuk dididik sebagai pengguna yang bijak.

“Jadi harapan kami dari KPDN, mereka (peserta) merupakan pelapis dan advokator untuk menyampaikan kepada rakan-rakan lain. Kita juga berharap mereka boleh menjalankan projek-projek di sekolah sebagai salah satu aktiviti mereka untuk mendidik pelajar lain sebagai pengguna yang bijak,” katanya.

Beliau juga berharap tenaga pengajar yang terlibat untuk membimbing pelajar dalam gerakan pengguna bermula pada peringkat akar umbi di sekolah yang bakal menjadi aktivis dalam masyarakat bagi memelihara hak-hak pengguna.

Setakat ini, terdapat 1,974 sekolah di seluruh negara yang mempunyai KPS di sekolah melibatkan 67,996 pelajar.-TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan