Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siti Saharah Tair meluangkan masa melawat Ngelambai Baran untuk menyerahkan faedah SKSSR di Rumah Babai Kubong hari ini. Foto: Perkeso Limbang.

Suami terharu terima faedah Perkeso mendiang isteri

LIMBANG, 21 Ogos: Seorang suami tidak menyangka akan menerima faedah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) isterinya.

Ngelambai Baran berkata isterinya, mendiang Rohana Nelson Runy layak menerima Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Pencen Penakat.

Skim berkenaan katanya dapat digunakan untuk perbelanjaan harian keluarga selepas diserahkan oleh Perkeso Limbang.

“Saya berasa terharu. Sebenarnya saya tidak tahu yang mendiang isteri merupakan pencarum Perkeso untuk skim ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pejabat Perkeso Limbang, Siti Saharah Tair berkata, Rohana merupakan antara 150,000 orang suri rumah yang menerima caruman oleh kerajaan melalui peruntukan pada tahun lepas.

“Waris mendiang Rohana layak menerima Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 secara sekali bayar dan Faedah Penakat yang diterima secara bulanan sebanyak RM300.

“Waris akan menerima Faedah Penakat sehingga berumur 55 tahun manakala anak mereka layak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun,” katanya kepada media hari ini.

Kata Siti Saharah bagi kes pertama ini, suri rumah berinsuran (SRB) meninggalkan suami dan tiga orang anak yang berumur 21 tahun ke bawah dan anak yang bongsu berusia 10 tahun.

“Menerusi manfaat faedah Perkeso melalui skim ini, diharap dapat membantu meringankan beban suami yang bekerja sebagai buruh,” katanya.

Siti Saharah menambah, Perkeso Limbang akan terus mempergiatkan program untuk menyampaikan maklumat berkaitan SKSSR kepada masyarakat di sini.

“Sehubungan itu penduduk Limbang diseru untuk mendaftar dan mencarum SKSSR dengan jumlah caruman RM120 setahun,” ujarnya lagi.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan