Search
Close this search box.
Mayat Hii Kee Soon diserahkan kepada polis selepas ditemukan terapung di Batang Igan dekat Sibu, hari ini. Foto ihsan: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Mayat lelaki lemas ditemukan hanyut sejauh 9.6 kilometer

SIBU, 21 Ogos: Mayat lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Batang Rajang pada Sabtu ditemukan hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1), Andy Alie berkata mayat Hii Kee Soon, 48, ditemui terapung oleh orang awam di Batang Igan dekat sini kira-kira jam 8.40 pagi.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian kemudian terus ke lokasi untuk membawa mangsa menggunakan bot ke Pos Kawalan Bomba (PKB) di Wharf Ekspres Daro.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan terlungkup dan hanyut 9.6 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh pada Sabtu.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian membawa mangsa menggunakan bot ke Pos Kawalan Bomba (PKB) di Wharf Ekspres Daro,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Sibu untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga di Hospital Sibu,” katanya.

Dengan penemuan itu, Operasi SAR Hari Ketiga ditamatkan pada jam 9.30 pagi.

Dalam kejadian tengahari Sabtu lalu, mangsa yang merupakan buruh kasar dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika mengangkat barang ke atas bot ekspres di Dermaga Ekspres Daro. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan