Search
Close this search box.
Lidam (empat kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengerusi Komuniti Madani Kebiau Takan Song, Edward Minggu. Foto: JaPEN Song

Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh megah tanda semangat cintakan negara

SONG,  21 Ogos: Semua pihak perlu dengan megah mengibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan semangat cintakan negara, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan.

Berucap ketika merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Song di Rumah Edward Nanga Lajan, Song beliau berkata, semua pihak perlu dengan megah dan bangga mengibarkan Jalur Gemilang sebagai semangat cintakan negara  seterusnya memeriahkan lagi sambutan bulan kebangsaan.

Jelasnya, ini penting bagi menyemai perasaan patriotik rakyat terhadap negara dan tema kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan bertepatan serta selari dengan tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyatnya yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

Lidam melawat reruai pameran Balai Bomba dan Penyelamat Song. Foto: JaPEN Song

Beliau menambah setiap tahun apabila menjelang bulan kebangsaan, ia akan menyedarkan kita tentang semangat patriotisme dan memperingati perjuangan kemerdekaan yang dikecapi kini.

“Walaupun tidak lagi dibelenggu penjajah, namun kita masih berdepan dengan pelbagai cabaran yang boleh menggugat perpaduan yang terjalin selama ini dan nilai patriotisme ini perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda,” ujar beliau lagi. 

Terdahulu Lidam Assan telah mengetuai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang turut disertai 20 buah kenderaan pelbagai agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) bermula di Balai Raya Song mengelilingi Pekan Song sebelum bertolak ke Rumah Edward Nanga Lajan, Song.

Antara pengisian KMJG Song termasuk pameran pelbagai agensi, saringan kesihatan dan ceramah pendidikan daripada Pejabat Pendidikan Song. 

Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Song, Harry Bruce Edwin, Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Ambrose Abong Bugek, Setiausaha Politik Premier Sarawak Tapah Atta, Pegawai Pendidikan Song Etam Linggi,  dan wakil  IPD Song M R Farith. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan