Search
Close this search box.
Pertandingan mewarna yang disertai kanak-kanak pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Dalat. Foto: JaPEN Sarawak

Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Konvoi KMJG di Oya meriah

OYA, 21 Ogos: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Dalat berlangsung di Daerah Kecil Oya bagi mendapatkan kelainan suasana dari tahun-tahun sebelum yang kebiasaannya diadakan di Dalat.

Sebanyak 16 kenderaan yang menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan, ketua masyarakat serta individu memberi sokongan untuk memeriahkan program konvoi pada petang Sabtu.

Tetamu jemputan bersama-sama dengan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang ketika nyanyian lagu patriotik. Foto: JaPEN Sarawak

Pergerakan konvoi yang disertai lebih dari 50 peserta tersebut memulakan perjalanan dari Oya Square kemudian menuju ke Kampung Senau untuk acara perasmian.

Dengan kerjasama PERKIM Cawangan Dalat/Oya dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Senau, beberapa aktiviti lain seperti pertandingan mewarna dan pertandingan basikal berhias bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada bulan ini dianjurkan sebelah pagi.

Program ini bertujuan menyuntik semangat kenegaraan dan patriotik tanpa mengira lapisan umur. 

Antara wajah ceria yang hadir pada program tersebut. Foto: JaPEN Sarawak

Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Oya, Shah Hazizul dalam ucapannya berharap Jabatan Penerangan (JaPen) dapat terus menyebarluaskan lagi kempen Kibar Jalur Gemilang dan menekankan tentang tatacara pemasangan dan pengibaran yang betul sebagai penghormatan kepada bendera Malaysia tersebut.

Ucapan perasmian oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Oya, Shah Hazizul. Foto: JaPEN Sarawak

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Dalat Maria Tungkat memberitahu, selain untuk menyemarakkan semangat cintakan negara, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa serta mengukuhkan keharmonian yang sudah terjalin erat di Sarawak.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengerusi PERKIM Cawangan Dalat/Oya Fatimah Rambli, Penghulu Pawi Ramli, Pengulu Senusi Brahim, Penghulu Sim Tan Chuan dan Ketua Kampung Senau, Affendi Ketam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan