Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Bersama Anggota Beruniform DBKU di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Cabaran bukan penghalang unit beruniform DBKU tingkatkan prestasi

KUCHING, 21 Ogos: Cabaran dihadapi unit berunifrom Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang merangkumi unit penguatkuasaan, keselamatan, pelesenan dan kesihatan bukan penghalang untuk mereka meningkatkan pretasi.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan berkata, beliau berasa bangga dengan prestasi pasukan beruniform DBKU yang sentiasa komited dan bersemangat dalam menjalankan tugas walaupun berderpan dengan pelbagai tanggapan dan tuduhan.

Pada masa yang sama, Junaidi berkata anggota beruniform DBKU merupakan salah satu anggota yang terbaik dan diiktiraf oleh banyak pihak.

“Saya berasa bangga dengan pretasi pihak beruniform DBKU kerana mereka menunjukkan prestasi yang begitu baik. Pelbagai cabaran telah dihadapi semasa menjalankan tugas. Kesemua telah menjalankan tugas dengan baik dan diiktiraf oleh banyak pihak.

“Walaupun pelbagai tanggapan dan tuduhan dibuat terhadap pihak beruniform DBKU tetapi ia tidak melunturkan semangat mereka dalam melaksanakan tugas dengan berkesan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Anggota Beruniform DBKU di sini, pada hari ini.

Hadir sama, Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang. Majlis berkenaan melibatkan seramai 46 pegawai dari empat unit.

Dalam pada itu, Junaidi menegaskan anggota beruniform DBKU perlu sentiasa menjaga integriti, berfikiran terbuka dan tidak terikut emosi semasa menjalankan tugas serta giat memperbaiki prestasi diri.

Beliau juga berharap agar anggota beruniform DBKU dapat meneruskan perjuangan dan mengangkat martabat DBKU.

“Bagaimanapun, saya percaya banyak lagi ruang untuk kita perbaiki bagi menjaga prestasi kita. Saya berharap kesemua anggota tetap komited, berintegriti, berfikiran terbuka dan tidak terikut emosi dalam menjalankan tugas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan