Search
Close this search box.
Program penanaman pokok di Hutan Simpan Sabal disertai oleh seramai 300 orang wakil FDS, SEB dan komuniti tempatan. Foto: FDS

Lebih 1,000 anak pokok ditanam di Hutan Simpan Sabal

ByNurul Amarlina

KUCHING, 20 Ogos: Sebanyak 1,225 anak pokok spesies berharga ditanam di Hutan Simpan Sabal sempena kempen dianjurkan oleh Jabatan Hutan Sarawak (FDS) dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) semalam.

Menurut FDS, Kempen Penanaman, Perlindungan dan Pemuliharaan Habitat Bersepadu 10 Tahun (2021-2030) itu dilaksanakan oleh SEB sebagai menyokong Kempen Menghijaukan Sarawak.

Program berkenaan melibatkan penanaman anak pokok spesies bernilai tinggi seperti meranti dan selangan. Foto: FDS

“Program ini menyumbang kepada jumlah kumulatif pokok yang ditanam di Sarawak di bawah Agenda Menghijaukan Malaysia Melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025).

“Selain itu, ia sejajar dengan usaha kami untuk menangani isu perubahan iklim yang menjadi salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh manusia pada hari ini,” kata FDS menerusi kenyataan media.

FDS berkata, mereka berbesar hati untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi, industri, badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat untuk memelihara alam sekitar.

Seramai 300 orang wakil dari FDS, SEB dan komuniti tempatan terlibat menanam anak pokok seperti meranti dan selangan.

Turut hadir Penolong Pengarah FDS, Zarina Shebli dan Naib Presiden Kanan SEB, Marconi Magai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan