Search
Close this search box.
Pasukan bomba bersiap sedia menjalankan operasi pencarian seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Rajang. Foto: JBPM Zon 4 Sibu

Identiti lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Rajang dikenal pasti

SIBU, 20 Ogos: Identiti seorang lelaki yang terjatuh ke Sungai Rajang ketika mengangkat barang di dermaga di Jalan Khoo Peng Loong tengah hari kelmarin telah dikenal pasti.

Mangsa disahkan sebagai Hii Kee Soon berusia 48 tahun yang merupakan seorang buruh kasar.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba Andy Alie berkata, operasi pencarian hari kedua disambung pukul 6.45 pagi tadi.

“Operasi pencarian hari ini dilaksanakan dengan menggunakan teknik pencarian pada permukaan air dan Grappling Iron pada radius 500 meter dari kawasan mangsa dilaporkan terjatuh.

“Operasi dengan kaedah sama juga dilakukan di sepanjang Sungai Rajang sehingga ke arah hulu dan hilir sungai.

“Sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, bomba juga telah melakukan dua rondaan melibatkan jarak sejauh lima kilometer (km),” katanya menerusi kenyataan media.

Setakat pukul 3 petang tadi katanya, tiada sebarang petunjuk ditemui.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari Jumaat lalu, seorang saksi membuat laporan selepas melihat mangsa sedang terkapai-kapai di Sungai Rajang berdekatan dengan dermaga ekspres berkenaan.

Sebelum kejadian, mangsa yang berbaju dan berseluar warna hitam difahamkan sedang mengangkat barang ke atas bot ekspres sebelum disyaki terjatuh ke dalam sungai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan