Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menerima cenderamata pada Persidangan Antarabangsa Cina Muslim 2023 (ICMC 2023) di Hotel Waterfront, Kuching, hari ini. Foto: TVS

Wanita main peranan penting pembangunan sosioekonomi masyarakat – Fatimah

KUCHING, 19 Ogos: Wanita memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Tambah beliau, sumbangan muslimah yang cemerlang pada masa lalu boleh dijadikan panduan untuk para muslimah maju ke hadapan dan memainkan peranan dalam menyumbang pembangunan negara yang berterusan serta memastikan kesejahteraan rakyat.

Dato Sri Fatimah Abdullah memukul gong bagi menyempurnakan Persidangan Antarabangsa Cina Muslim 2023 (ICMC 2023) di Hotel Waterfront, Kuching, hari ini. Foto: TVS

“Mengimbas kembali, mengetahui dan belajar tentang beberapa wanita muslimah yang cemerlang di masa lalu, menunjukkan mereka telah menyumbang secara besar dalam pembangunan negara.

“Ia boleh dijadikan panduan untuk wanita muslimah untuk maju ke hadapan dan memainkan peranan untuk menyumbang pembangunan negara secara berterusan demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Antarabangsa Cina Muslim 2023 (ICMC 2023) di Hotel Waterfront di sini, hari ini.

Selain itu, Fatimah berharap agar persidangan ini menjadi motivasi yang besar kepada wanita Islam hari ini untuk mengembalikan sejarah kegemilangan wanita cemerlang pada masa lalu.

“Oleh itu, kita boleh memperjuangkan peranan kita untuk memberi sumbangan yang berkesan dan bermakna kepada pembangunan masyarakat dan membangunkan negara kita sendiri,” tegasnya.

Dalam pada itu, persidangan anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) ini bertemakan ‘Peranan dan Kesan Umat Cina Muslim: Memeluk Masa Depan’ berlangsung pada 18 Sehingga 20 Ogos 2023, di Hotel Waterfont, Kuching.

Ia juga menghimpunkan cendekiawan islam, pemimpin dan pakar dari luar negara seperti Indonesia, Filipina, Thailand, China, Taiwan, Brunei, Singapura dan Hong Kong termasuk wakil daripada kerajaan, ahli akademik serta organisasi masyarakat awam.

Selain itu, ICMC 2023 membincangkan isu-isu penting yang dihadapi oleh masyarakat Cina Muslim dan meneroka cara untuk menggalakkan keharmonian dan persefahaman antara agama yang selari dengan Konsep Malaysia Madani.

Turut hadir, Presiden MACMA, Profesor Datuk Taufiq Yap Yun Hin, Pengarah Program, Datin Norhana Ng, Perunding Pakar Bedah Saraf Hospital Pakar KPJ Ipoh, Dato Dr Fadzli Cheah, Wakil MACMA Sarawak, Norliza Saidi dan tetamu kehormat lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan