Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memukul gong sebanyak tiga kali sebagai simbolik perasmian AASM 2023. Foto: TVS

Penganjuran sukan mampu bantu bangunkan ekonomi Sarawak – Abdul Karim

KUCHING, 19 Ogos: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin penganjuran sukan terutama di peringkat antarabangsa mampu membantu menjana ekonomi Sarawak seiring sektor pelancongan dan seni persembahan.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan kejayaan penganjuran sukan terutama di peringkat antarabangsa yang menurut beliau sekali gus memperkenalkan Sarawak kepada dunia.

Abdul Karim turut memberikan contoh penganjuran Larian Antarabangsa Spartan Race di mana Sarawak selaku tuan rumah bekerjasama dengan penganjur dari United Kingdom.

“Sukan tidak lagi hanya boleh dikaitkan dengan kesihatan dan sosial tetapi aktiviti sukan pada hari ini mampu memberikan sumber pendapatan yang tinggi kepada individu dan juga institusi.

“Saya lihat apabila penganjuran sukan secara besar berlangsung, ia akan membantu dalam meningkatkan ekonomi,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Persidangan Persatuan Pengurusan Sukan Asia (AASM 2023) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuching, pagi tadi.

Antara yang hadir pada perasmian tersebut, Presiden AASM Dr. Cheng Nan Kang, Presiden Pengurusan dan Pentadbiran Sukan Malaysia (SMAS) Mejar Bersara Muhammad Abdullah dan Penasihat SMAS, Dr. Wirdati Mohd Radzi.

Dalam ucapan sama Abdul Karim memaklumkan bahawa kementeriannya bersedia membantu mana-mana pihak bagi menganjurkan program sukan termasuk persidangan berkaitan sukan seperti AASM 2023 ini

“Kementerian saya banyak terlibat dalam memberikan subsidi atau membantu penganjur aktiviti sukan yang datang dari pelbagai negara seperti United Kingdom,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan