Nahas Elmina: Apit kerja keras untuk bantu kenduri kahwin adik – Rakan

KLANG, 19 Ogos: Allahyarham Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, penunggang p-hailing yang terkorban dalam nahas kapal terbang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam Khamis lepas, bekerja keras untuk membantu persiapan kenduri kahwin adik perempuannya yang dijadualkan pada 26 Ogos ini.