Search
Close this search box.
Mendiang Seliman Bandang yang telah meninggal dunia pada awal pagi tadi. Foto: TVS

‘Mendiang Seliman pesan suruh saya ziarah dia’ – Mohamad Duri

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri meluahkan rasa kesedihan di atas pemergian mendiang Seliman Bandang yang telah meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Berkongsi momen indah bersama mendiang, beliau memberitahu mendiang menasihati beliau untuk belajar rajin-rajin di sekolah untuk menjadi seorang yang pandai dan sempat berpesan kepada anak Tuai Rumah Mulok untuk menyuruh beliau menziarahinya di hospital.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri. Foto: TVS

”Beliau sempat berpesan kepada anak Tuai Rumah Mulok suruh saya menziarahi beliau di hospital. Itulah kenangan yang tidak dapat saya lupakan dan sangat menyedihkan apabila melihat susuk tubuh beliau yang dulunya segak, tampan dan (kini) sudah tidak bermaya dan terlantar di atas katil.

“Saya sangat rapat dengan keluarga mendiang dan mendiang  sendiri sebab wajah mendiang mirip seperti wajah arwah ayah saya sendiri,” katanya.

Seliman Bandang, lelaki tertua di Malaysia meninggal dunia pada usia 113 tahun

Menurutnya, beliau tidak sempat untuk sering menziarahi beliau kerana atas faktor serta kekangan kerja masing-masing dan hanya bertemu ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta Hari Gawai sahaja.

Mohamad Duri berkata, pemergian mendiang adalah satu kehilangan besar buat Sarawak dan Malaysia kepada generasi kini.

Beliau berharap agar keluarga mendiang untuk sentiasa bersabar dalam dugaan yang diberikan oleh Tuhan.

“Harapan saya semoga Tuai Rumah Mulok dan seisi keluarga, rakan taulan dan semua yang mengenali mendiang untuk sentiasa bersabar menerima dugaan ini dan terus akan menjalani kehidupan kita masing-masing untuk kita saling memahami dan bersilaturrahim,” katanya lagi

Mendiang Seliman meninggal dunia di Hospital Saratok kira-kira jam 5.20 pagi Sabtu pada usia 113 tahun dan mendiang meninggalkan dua orang anak, sembilan orang cucu dan cicit seramai 23 orang.

Dilahirkan pada 21 Mac 1910, mendiang berusia 113 tahun itu ditemui Malaysia’s Book of Records (MBOR) selepas dia dipaparkan dalam akhbar sebagai orang tertua di Sarawak yang telah divaksin COVID-19.

Penemuan itu kemudian membawa kepada rekod baharu orang tertua yang masih hidup di Malaysia yang sebelum ini dipegang oleh Annamah Abukutty yang dilahirkan pada 31 Mac 1911. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan