Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan dan NGO yang memeriahkan Program Senaman Gaya Hidup Sihat dan Ceramah Hak-Hak Pengguna 2023. Foto: TVS

KPDN Limbang perluas kesedaran kepenggunaan, elak jadi mangsa ‘scammer’

LIMBANG, 19 Ogos: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bahagian Limbang sentiasa memberi pendedahan kepada pengguna melalui pelbagai program bagi memastikan mereka tidak mudah terpengaruh dengan penipuan jualan dalam talian dan menjadi mangsa ‘scammer’.

Ketua Cawangan KPDN Bahagian Limbang, Pulnama Tarah berkata, kementeriannya terus menjalin kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menyebar luas kesedaran dan hak kepenggunaan.

Beliau berkata, pengguna perlu lebih cakna dan berdaya upaya dalam pelbagai aspek, terutama dalam perlindungan pengguna lebih-lebih lagi dari sudut keselamatan serta perlindungan daripada ancaman seperti penipuan dan penggodaman.

“Pada ketika ini terdapat bermacam cara seseorang pengguna tertipu. Antaranya adalah melalui penipuan harga, termasuk harga barangan tinggi, tanda halal yang palsu, penipuan alat timbang dan sukat.

“Skim cepat kaya, gores dan menang, ubat-ubatan tiruan, barang tiruan, tanda harga yang tidak betul, jualan langsung, penipuan sewa beli dan penyelewengan barang-barang bersubsidi.

Beliau berkata demikian kepada media ketika dihubungi selepas Program Senaman Gaya Hidup Sihat dan Ceramah Hak-Hak Pengguna 2023 anjuran bersama pihaknya dan Kelab Aerobics Fitness Kampung Bunga Raya di bangunan Persatuan Melayu Limbang hari ini.

Jelas Pulnama lagi, Program Senaman Gaya Hidup Sihat dan Ceramah Hak-Hak Pengguna 2023 ialah satu platform tepat untuk menyebarluaskan kesedaran dan hak kepenggunaan di Bahagian Limbang.

“Program hari ini merupakan salah satu platform KPDN Limbang bersama NGO, untuk menyumbang dalam gerakan kepenggunaan, prihatin terhadap isu-isu kepenggunaan yang wujud pada ketika ini.

“Selain itu, ahli persatuan dan NGO ini tahu tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna,” tegasnya.

Pulnama turut berharap ahli-ahli NGO yang ada di Bahagian Limbang untuk sama-sama membantu kementeriannya menyalurkan segala jenis penipuan atau penyelewengan perniagaan melalui medium yang telah disediakan.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Cawangan KPDN Limbang, Idrus Nalin dan Pengerusi Kelab Aerobics Fitness Kampung Bunga Raya, Salinah Mohamad Salleh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan