Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Festival Kanak-Kanak anjuran Pustaka Negeri Sarawak merupakan medan untuk mencungkil bakat dalam kalangan kanak-kanak. Foto: TVS

Festival kanak-kanak platform asah bakat cilik

KUCHING, 19 Ogos: Festival Kanak-Kanak anjuran Pustaka Negeri Sarawak merupakan medan untuk mencungkil bakat dalam kalangan kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat, Datuk Rosey Yunus berkata, ini merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan khas oleh Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama rakan pintar untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga 12 tahun.

“Ia akan diadakan di Pustaka Negeri Sarawak,Kuching pada 19 dan 20 Ogos 2023, manakala Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada 26 dan 27 Ogos 2023 dan Sibu pada 2 dan 3 September 2023.

“Program yang memasuki edisi ke-6 penganjurannya memberikan pelbagai aktiviti menarik antaranya aktiviti STEAM, Junior vendor, aktiviti hands-on, dan story telling yang melibatkan pencerita yang dijemput khas daripada Korea, Indonesia, Singapura, Brunei dan pencerita tempatan,” katanya.

Dalam masa yang sama katanya, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching menyediakan 11 ruangan aktiviti (activity space).

Katanya, ia terdiri daripada Storyspace, Gastrospace, Makerspace, Fauna Space, Myhero Space, Marketspace, Performance & Cultural Space, Lestari Space, Gamespace dan Artistic Space manakala Pustaka Miri mempunyai 12 ruangan aktiviti dan Pustaka Sibu mempunyai lapan (8) ruangan aktiviti.

“Jadi melalui ruang-ruang yang disediakan kita boleh mengetengahkan potensi kanak-kanak melalui tarian yang mengetengahkan pelbagai budaya.

“Aktiviti yang dianjurkan semuanya bersifat ilmiah dan memberi ilmu pengetahuan terutamanya melalui aktiviti seni dan pembacaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menambah program ini juga akan merasmikan Wendy’s House iaitu satu pondok permainan kanak-kanak yang didermakan oleh Jo Williams daripada BookTrust, United Kingdom sempena mengingati mendiang Wendy Cooling.

Wendy Cooling merupakan seorang guru, penulis dan ahli Antologi yang juga merupakan pengasas Bookstart salah satu daripada program utama di bawah BookTrust.

Wendy’s House ini juga menyediakan buku kanak-kanak yang kebanyakannya ditulis oleh Wendy Cooling.

Beliau mendedahkan bahawa pelbagai program bacaan bersama kanak-kanak dan ibu bapa akan dijalankan di ruang tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan