Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima sambil disaksikan yang lain. Foto: TVS

Abdullah hulur sumbangan RM129,000 untuk persatuan dan kelab

BINTANGOR, 19 Ogos: Sebanyak 10 persatuan dan kelab menerima sumbangan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM129,000 daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol.

Ia merupakan dana yang dipohon oleh lima Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), lima persatuan dan kelab sebelum ini.

Antara penerima sumbangan ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK Meradong), Kelab Polis cawangan Meradong, Panel Klinik Kesihatan Meradong dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Meradong.

Datuk Abdullah Saidol menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima sambil disaksikan yang lain. Foto: TVS

“Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) menerima peruntukan sebanyak RM77,500 bagi tujuan pembinaan 13 papan tanda nama kampung dan rumah panjang di kawasan penempatan Sungai Sian, Selidap, Muara Bunut, Mupong, Jalan Loba Stabar dan Tanjung Bundong,” katanya ditemui pada majlis penyampaian sumbangan di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja selama dua hari di Bintangor sambil mengadakan perjumpaan bersama ketua masyarakat daripada 14 rumah panjang, tiga kampung, pemimpin persatuan belia dan wakil PIBG.

Datuk Abdullah Saidol menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima sambil disaksikan yang lain. Foto: TVS

Perjumpaan di Pusat Komuniti Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Kampung Melayu Bintangor dan Dewan Masyarakat Kampung Tanjung Bundung itu membincangkan penganjuran program sukaneka khas untuk pelajar dan ibu bapa sempena cuti sekolah selama seminggu bermula 26 Ogos ini.

“Objektif utama program adalah untuk mengadakan pelbagai bentuk aktiviti sukaneka khas pelajar dan ibu bapa serta merapatkan kemesraan antara pengurusan PIBG dan warga pendidik.

“Program akan diadakan di empat lokasi iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Amin Bintangor, Dewan Bai, Kampung Melayu Bintangor, Dewan Masyarakat Kampung Tanjung Bundung dan Padang Serba guna Selidap,” katanya.

Bagi tujuan pelaksanaannya, Abdullah menyampaikan sumbangan RM15,000.

Dalam pada itu, beliau memberitahu dalam sesi perjumpaannya, ketua masyarakat dan wakil pertubuhan belia turut membangkitkan beberapa perkara untuk perhatian dan tindakan serta permohonan baharu berkaitan dengan pembangunan infrastruktur di kawasan mereka.

“Antara perkara menarik yang diutarakan ialah tentang dua menara komunikasi yang tidak berfungsi, permohonan warga belia untuk mewujudkan sebuah Pusat Ekonomi Digital (PEDI), baik pulih dewan masyarakat dan keadaan sekolah yang semakin usang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan