Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyerahkan cek UNIFOR kepada Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang mewakili rumah ibadat dari kawasan Batu Kawah. Turut kelihatan, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Kerajaan Sarawak salur RM333.118 juta untuk UNIFOR sejak 2017

KUCHING, 18 Ogos: Kerajaan Sarawak telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM333.118 juta kepada 2,453 rumah ibadah bukan Islam sejak 2017.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Gereja Roman Katolik menjadi penerima terbesar dengan peruntukan keseluruhan RM81.558 juta atau 24.5 peratus membabitkan 509 gereja dan chapel.

Gereja Anglikan merupakan penerima kedua terbesar dengan jumlah peruntukan RM70.519 juta membabitkan 300 gereja diikuti gereja Sidang Injil Borneo (RM59.7 juta) dan Kuil Buddha (RM37.06 juta).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini. Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Fatimah Abdullah.

Ini diikuti Gereja Methodist (RM27.977 juta) dan Seventh Day Adventist (RM12.026 juta).

Bagi rumah ibadat lain termasuk Konfusianisme, Taoism dan agama tradisional lain telah menerima peruntukkan keseluruhan sebanyak RM10.198 juta, Kuil Sikh (RM9.86 juta) dan Kuil Hindu (RM4.26 juta).

Pada majlis berkenaan, Uggah menyerahkan sejumlah 177 cek bantuan yang bernilai RM24.49 juta daripada RM30.654 juta dana bantuan yang telah diluluskan untuk fasa dua.

Beliau yang juga menteri bertanggungjawab bagi UNIFOR berkata, bagi tahun 2023, kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukkan berjumlah RM100 juta kepada UNIFOR bagi membantu rumah ibadah di seluruh Sarawak.

Justeru beliau mengesa mana-mana rumah ibadah bukan Islam yang masih memerluan bantuan dana untuk membuat permohonan berkaitan mendapatkan dana terbabit.

Bagaimanapun katanya, jika dana yang diberikan sebelum ini masih tidak digunakan oleh rumah ibadah terlibat, pemberian dana seterusnya tidak akan diberikan kepada rumah-rumah ibadah tersebut.

Ia bagi memastikan setiap dana yang diberikan dimanfaat sepenuhnya dan bukannya dijadikan simpanan tetap tanpa di gunakan untuk tujuan penyelengaraan atau program-program berkaitan agama yang diwakili oleh rumah ibadah tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan