Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah ketika hadir Program Wacana Minda : Isu Penuaan Di Sarawak yang diadakan di Hotel Waterfront Kuching pada Rabu. Foto: TVS

Sarawak catat penurunan kelahiran selepas COVID-19

KUCHING, 16 Ogos: Sarawak mencatatkan penurunan ketara jumlah kelahiran selepas pandemik COVID-19, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak berkata, jumlah kelahiran yang direkodkan hanya kira – kira 20,000 bayi pada 2021 dan 2022.

Kata beliau, penururan yang dicatatkan itu kira – kira 50 peratus pada dua tahun kebelakangan ini berbanding 2020.

“Sebelum itu, jumlah kelahiran di Sarawak adalah kira-kira 40,000 setahun.

“Oleh itu, Sarawak diunjurkan akan bergelar negeri tua pada 2028 apabila 16 peratus daripada penduduknya terdiri daripada mereka berumur 60 tahun ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Program Wacana Minda: Isu Penuaan di Sarawak di Hotel Waterfront di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Muhammad Razi Sitam.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, beberapa punca telah dikenal pasti menyumbang kepada penurunan kelahiran di Sarawak.

“Mungkin disebabkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sukar untuk mendaftar kelahiran kerana perlu membuat janji temu, itu antara faktor,” katanya.

Sementara itu Fatimah berkata, data lengkap diperlukan untuk merancang keperluan warga emas di Sarawak bagi menghadapi status negeri tua menjelang 2028.

Kata beliau data daripada kajian menyeluruh boleh membantu dalam penggubalan dasar serta pembangunan program intervensi.

“Kita mahu tahu bagaimana keadaan keseluruhan warga emas di bandar juga di luar bandar, kita perlu maklumat ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan