Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Court hammer laying on book. Justice, trial and law symbol. Judgment.
Foto hiasan: Envato

Pengawal keselamatan mengaku salah lakukan amang seksual terhadap anak tiri

ByBernama

JOHOR BAHRU, 16 Ogos: Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual terhadap seorang anak tiri perempuannya sejak tiga tahun lepas.

Lelaki berusia 47 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak yang kini berusia 13 tahun di sebuah rumah di Bandar Uda Utama, Taman Perling di sini sejak 2020 hingga 1 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta yang sama yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Siti Noraida Sulaiman tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar fakta kes, sebelum menjatuhkan hukuman.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, Majistret A. Sharmini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau 10 hari penjara terhadap tertuduh setelah mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang lagi anak tiri perempuannya yang juga kembar kepada mangsa amang seksual.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama antara 2020 hingga Jun lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadilah Johanuddin dan Shamira Mohd Luthfi Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan