Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato.

Dua suspek militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani

ByBernama

PATTANI, 16 Ogos: Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Daerah Nong Chik, Pattani, selatan Thailand hari ini.
Ketua Polis Wilayah Pattani, Pol Maj JenĀ  Archan Chansiri berkata pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah dipercayai tempat persembunyian dua anggota militan di Kampung Koh Morkaeng, Nong Chik, kira-kira 3 pagi (waktu tempatan) hari ini.

ā€œKami telah berusaha memujuk dua lelaki yang bersembunyi dalam rumah terbabit untuk menyerah diri namun gagal, malah mereka telah melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan ketika cuba melarikan diri.

ā€œInsiden berbalas tembakan berlaku kira-kira 10 minit. Apabila keadaan reda, kami menemukan satu mayat di perkarangan rumah.

ā€œSatu lagi insiden berbalas tembakan berlaku kira-kira 10.30 pagi (waktu tempatan). Pasukan keselamatan menemukan satu lagi mayat di tingkat dua rumah itu,ā€ katanya.

Beliau menambah bahawa kedua-dua lelaki warga Thailand berusia 33 dan 37 tahun itu mempunyai tujuh waran tangkap di Pattani membabitkan kes tembakan dan pengeboman.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan