Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi STATOS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini. Foto: Mohd Raffiq

STATOS tarik pelabur Singapura ke Sarawak

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 15 Ogos: Kerajaan Sarawak menerusi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) menyediakan banyak peluang untuk para pelabur yang berminat untuk melabur di Sarawak.

Pengerusi STATOS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, para pelabur boleh melabur dalam bidang hartanah yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak untuk mempromosikan produk mereka di Singapura.

“Jadi sekarang kita dah banyak peminat atau pelabur yang ingin melabur di Sarawak terutama sekali Singapura.

“Premier dah maklumkan kepada kita bahawa inilah yang boleh kita lakukan supaya Singapura boleh datang ke Sarawak untuk merebut peluang ini.

“Jadi, warga Singapura yang sudah bersedia untuk melabur, boleh datang ke Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau memaklumkan bahawa agensi tersebut bersedia untuk mengembangkan serta mempromosikan maklumat berkaitan dengan peluang-peluang di Sarawak khususnya dalam bidang perdagangan antarabangsa dan pertanian.

Beliau berharap usaha ini mampu menarik minat warga Singapura khususnya untuk melabur di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan