Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seluruh Sibu dijangka mengalami gangguan bekalan air mulai jam 10 malam esok

SIBU, 15 Ogos: Seluruh kawasan Sibu dijangka akan mengalami tekanan air rendah dan beberapa kawasan berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air sepenuhnya bermula pada jam 10 malam esok sehingga selesai.

Lembaga Air Sibu (LAS) dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial Facebook memaklumkan masalah tersebut adalah bagi memberi ruang kerja-kerja penggantian Meter Kadar Alir (Electromagnetic Flow Meter) DN900 di muka sauk air mentah (Raw Water Intake) di Jalan Kong Yit Khim.

“Pihak Lembaga Air Sibu menasihatkan orang ramai untuk menyimpan bekalan air secukupnya untuk keperluan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 4 hingga 6 jam,” katanya kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut akan ditangguhkan hari berikutnya jika cuaca tidak mengizinkan.

Pihak LAS akan berusaha menyiapkan kerja secepat mungkin dan bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat di kawasan yang terjejas.

“Orang ramai boleh menghubungi talian talikhidmat LAS di talian 013-8106311, segala kerumitan yang timbul amatlah dikesali,” kata kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan