Search
Close this search box.
Sebuah van dengan muatan 39 kotak pelbagai jenama rokok tanpa cukai Kastam dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah 5 Miri untuk tindakan selanjutnya. Foto: PPM W5 Miri

PPM W5 rampas rokok seludup dan van bernilai RM439,000 di Miri, lelaki tempatan ditahan

MIRI, 15 Ogos: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki cuba menyeludup rokok tanpa cukai melibatkan rampasan keseluruhan bernilai RM439,000 semalam.

Rampasan dilakukan sepasukan empat anggota Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal PPM Wilayah 5 Sarawak ketika menjalankan Operasi (OP) Kontraban di tepi belakang sebuah stesen minyak di Jalan Usahawan berhampiran Jalan Miri-Bypass sekitar jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, lelaki berusia 37 tahun yang merupakan pemandu van jenis Toyota Liteace ditahan bagi membantu siasatan lanjut kes.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati sebanyak 39 kotak rokok putih pelbagai jenama disyaki tanpa cukai kastam ditemui di dalam van berkenaan.

“Soal siasat pemandu van terbabit mendapati dia gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah daripada pihak Kastam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan operasi kemudian bertindak merampas sebuah van jenis Toyota Liteace yang dianggarkan bernilai RM10,000.

“Suspek dan semua barang rampasan dibawa ke Markas Taktikal PPM W5 dan diserah kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan