Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Majlis Pelancaran dan Pembukaan Festival 'What About Kuching'. Foto: TVS

Perluaskan WAK di bahagian lain di Sarawak – Abdul Karim

ByAdlina Rahman

KUCHING, 15 Ogos: Festival ‘What About Kuching’ (WAK) 2023 berpotensi untuk diperluas ke bahagian lain di Sarawak berdasarkan kejayaan penganjurannya sebelum ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mahu penganjuran festival itu bukan sahaja diadakan di Kuching tetapi boleh dikembangkan di bahagian yang lain.

“Jangan hanya fikir tentang Kuching. Mungkin boleh pertimbangkan juga ‘What About Miri’ atau ‘What About Sibu’. Tetapi saya tahu menganjurkan acara sebesar ini memerlukan banyak usaha.

“(Memerlukan) duit dan masa yang banyak. Kami ingin melihat lebih banyak personaliti di luar sana, yang tampil kepada kami. Kita ingin menganjurkan sesuatu seperti ini untuk Sibu. ‘What About Sibu’, ‘What About Miri’,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Pembukaan ‘What About Kuching Festival 2023’ di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yiew dan Datuk Snowdan Lawan, serta Pengarah Festival WAK, Donald Tan.

Pada masa sama katanya, festival WAK boleh dijadikan platform untuk memupuk serta mengetengahkan bakat anak Sarawak.

“Melalui ‘What About Kuching’, kita dapat mempamerkan dan melihat bahawa ramai belia kita mempunyai banyak bakat. Cuma mereka perlukan platform untuk mempamerkannya,” kata Abdul Karim.

Festival ‘What About Kuching’ yang mula dianjurkan enam tahun lalu merupakan sebuah acara yang menghimpunkan pelbagai persembahan serta bengkel berkaitan seni, budaya dan gaya hidup.

Sebelum ini, WAK 2022 berjaya menyumbang lebih RM34 juta kepada ekonomi Sarawak dengan menerima kira-kira 331,687 pengunjung dari dalam dan luar Kuching dan juga luar negara.

Tahun ini, festival ini bakal diadakan sepanjang bulan Oktober akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan