Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Imran Azim Iskandar, anak jati Sibu yang dimenanginya di World Championship of Performing Art (WCoPA). Foto: Imran Azim Iskandar (FB).

Pencapaian Imran Azim bukti bakat, kemahiran dan kerja keras luar biasa – TPM Fadillah

BySalasiah Safian

KUCHING, 15 Ogos: Kejayaan Imran Azim Iskandar yang mengharumkan negara dengan gelaran juara dunia bagiĀ kategori klasik pada pertandingan biola World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat, baru-baru ini mendapat perhatianĀ Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

BeliauĀ menzahirkan ucapan tahniah kepada anak jati Sibu itu sambil mengakui Imran,17, mempunyai bakat dan dedikasi cemerlang yang memberi inspirasi serta menjadi contoh kepada golongan anak muda.

ā€œSyabas Imran. Ini merupakan satu kebanggaan buat Sarawak dan Malaysia,ā€ katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Ā pada Isnin.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu juga menyifatkanĀ pencapaian Imran merupakan bukti bakat, kemahiran dan kerja keras yang luar biasa anak Sarawak berkenaan.

Selain memenangi Kategori Klasik, Imran Azim juga memperoleh Pingat Perak bagi Kategori Karya Kontemporari dan Asli, dan Pingat Gangsa bagi Kategori Jazz dan Terbuka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan