Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus menyaksikan penyerahan peti simpanan ikan dari Pengurus Kanan Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar JX Nippon, Mohamad Azhar Bolhassan kepada wakil komuniti nelayan dari Subis Foto: UKAS

Nelayan diingatkan tidak mendekati pelantar minyak

BEKENU, 15 Ogos: Nelayan diingatkan untuk tidak mendekati pelantar minyak di laut sekurang-kurangnya dalam sekitar radius 500 meter bagi memastikan operasi pelantar minyak tidak terganggu, selain menjaga keselamatan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus berkata,  nelayan harus memberi kerjasama sebaik-baiknya demi keselamatan, walaupun banyak ikan di pelantar tetapi mesti ingat keselamatan kerana pekerja pelantar menjalankan tugas.

“Kalau kita berada di persekitaran pelantar, kita mengganggu operasi mereka dan ini juga berbahaya untuk nelayan,” katanya semasa Program Memacu Kehidupan: Sepetang Bersama JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) Sdn Bhd dan PETRONAS di Dewan Arena Sibuti hari ini.

Selain itu, beliau berharap pihak agensi atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain untuk mengadakan program lain kepada golongan wanita dan isteri nelayan bagi meningkatkan ekonomi sekali gus membela kehidupan para nelayan.

“Mudah-mudahan program lain dapat dikendalikan contohnya untuk wanita kita menyediakan produk laut supaya dapat dipasarkan ke luar dengan kualiti dan penampilan yang lebih baik. Jadi mungkin satu lagi program untuk para wanita dan isteri nelayan untuk dibantu dan sama-sama meningkatkan ekonomi para nelayan kita,” ujarnya.

Rosey juga berharap pihak PETRONAS dan JX Nippon membantu memberi peluang sebanyak mungkin kepada anak-anak nelayan untuk mengikuti kursus bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) supaya mereka mendapat peluang yang sama seperti orang lain dan berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

Pada masa sama, Rosey berharap pihak PETRONAS menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) di Miri bagi golongan kanak-kanak istimewa di zon utara memandangkan lokasi OSEIC Kuching jauh untuk golongan ini.

JX Nippon juga telah menyumbangkan 106 peti simpanan ikan kepada nelayan yang mengambil bahagian dalam majlis ini untuk memastikan aktiviti penangkapan ikan yang mampan dan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan semasa berada di laut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan