Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika di temui di Pejabat Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak pada selasa. Foto: TVS

Marudi diisytiharkan kawasan jangkitan rabies – Dr Stephen Rundi

KUCHING, 15 Ogos: Marudi kini diisytihar sebagai kawasan dijangkiti rabies susulan seekor anjing dikesan positif pada 2 Ogos lalu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 73 kawasan di Sarawak telah tular wabak tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memaklumkan daripada 392 sampel haiwan yang diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak tahun ini, 73 anjing dan lima ekor kucing didapati positif wabak berkenaan.

Pemilik anjing tidak divaksin berdepan kompaun RM1,000 | TVS

Susulan itu dalam satu sidang media di sini hari ini, beliau menegaskan kepada semua pemilik anjing untuk menjalankan tanggungjawab melakukan suntikan vaksin rabies setiap tahun kepada haiwan peliharaan mereka.

“Pemilik haiwan peliharaan itu wajib memvaksin anjing mereka. Saya tiada pilihan jika anda didapati mempunyai anjing yang tidak diberi vaksin, tanpa lesen yang sah, kami terpaksa kompaun minimum RM1,000, atau mana-mana gigitan anjing yang kami dapati bahawa anjing gila, maka kami akan mengambil tindakan terhadap pemilik anjing.

“Dengan kesempatan ini saya mahu tegaskan perkara ini kerana kita telah bergelut dengan rabies selama bertahun-tahun sejak 2017 hingga sekarang. Punca kita tidak mampu menghapuskannya adalah kerana kita belum mendapat kerjasama penuh semua pihak,” tegasnya.

Kegagalan pemilik anjing berbuat demikian merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Dalam pada itu, bagi mengatasi penularan berterusan, DVS Sarawak akan mengadakan program vaksinasi besar-besaran di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu pada 19 hingga 20 Ogos ini.

Pengarahnya Dr Adrian Susin Ambud bagaimanpun memberitahu bagi mereka yang tidak sempat melakukannya pada tarikh tersebut masih boleh ke pejabat veterinar daerah masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Sebenarnya badan anjing boleh dijangkiti virus rabies sehingga enam bulan tanpa menunjukkan simptom sebab itu dulu kita wajibkan kuarantin enam bulan. Sebab enam bulan itu tempoh inkubasi rabies sebelum dia tunjukkan simptom. Sebab itulah pemilik mesti memvaksin anjing mereka, kucing juga mempunyai tempoh inkubasi sama enam bulan,” katanya.

Untuk makluman, Jabatan Kesihatan Sarawak merekodkan 15 kes rabies jangkitan manusia melibatkan 13 kematian dalam tahun ini.

Ia menjadikan jumlah kes kumulatif sejak tahun 2017 kepada 70 kes dengan 63 kematian di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan