Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran hutan melanda berhampiran Saint-Andre di selatan Perancis. Foto: AFP

Lebih 3,000 orang dipindahkan akibat kebakaran hutan di Perancis

ByBernama

PARIS, 15 Ogos: Lebih 3,000 orang telah dipindahkan akibat kebakaran hutan melanda berhampiran Saint-Andre pada petang Khamis, di selatan Perancis.

Kebakaran berlaku kira-kira 5.15 petang waktu tempatan (1515 GMT), Xinhua memetik laporan saluran berita Perancis BFMTV.

Menurut anggota bomba tempatan, kira-kira 530 hektar tanah telah terbakar, mengakibatkan lebih 3,000 orang dipindahkan ke kawasan selamat.

Pegawai jabatan Rodrigue Furcy berkata keadaan beransur “baik”, tetapi kebakaran “belum dapat dikawal sepenuhnya”.

Lebih 500 anggota bomba telah dikerah untuk membendung kebakaran hutan dengan bantuan 13 pesawat dan tiga helikopter, menurut Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.

Pada 2022, 72,000 hektar tanah musnah dijilat api, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan