Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato' Sri Huang Tiong Sii meluangkan masa bersama penduduk rumah panjang di sekitar Parlimen Sarikei, petang semalam. Foto:TVS

Kerajaan tidak akan abaikan keperluan rakyat – Huang

SARIKEI, 15 Ogos: Kerajaan tidak mengabaikan keperluan rakyat yang mengimpikan kemudahan lebih selesa dan kondusif, kata Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya akan melaksanakan pembangunan bersepadu untuk manfaat rakyat terutama warga Sarikei.

“Sepanjang kunjungan, saya menerima banyak permohonan penduduk, termasuk penyelenggaraan rumah panjang, penambahan peralatan asas dapur, pembiayaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), biro wanita dan lain-lain lagi.

“Tidak sekadar itu, saya juga berpeluang mendengar sendiri masalah yang dihadapi mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengdakan lawatan ke 19 buah rumah panjang di sini, pada Isnin.

Kesempatan turun padang semalam, menurut Huang bagi mengenali permasalahan di peringkat akar umbi.

“Langkah proaktif amat penting sebagai usaha menerus kesinambungan pembangunan dalam pelbagai sudut,” ujarnya.

Lawatan berkenaan juga menyaksikan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada JKKK Rumah Regina, Rumah Augustine Mat dan Rumah Juliana Lebay.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan