Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada sidang media SIMBC 2023 di Kuching pada hari ini. Foto: TVS

150 peserta termasuk dari luar negara sahkan penyertaan SIMBC 2023

KUCHING, 15 Ogos: Menyemarakkan lagi Pesta Kuching 2023, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Sarawak (SCA) akan menganjurkan Siol International Mountain Bike Challenge (SIMBC) 2023 Edisi Ke-20 yang melibatkan penyertaan dari negeri di Malaysia dan negara jiran ASEAN.

Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara ini adalah bersempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, acara tahunan itu akan diadakan selama dua hari bermula pada 26 dan 27 Ogos 2023 di Siol MTB Track, Bukit Siol, Petra Jaya Kuching.

“Ia akan diadakan di Siol MTB Track, Bukit Siol, Petra Jaya Kuching yang merupakan salah satu trek yang terbaik di Malaysia,” katanya pada sidang media SIMBC 2023 Edisi Ke-20 di Kuching hari ini.

Jelas Karim, pertandingan itu juga membuka ruang bagi mencari pelapis dan mencungkil bakat baharu atlet berbasikal Sarawak untuk mewakili Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun hadapan.

“Sebanyak lima acara trek utama dipertandingkan seperti Cross Country Olympic (XCO), Downhill Individual (DHI), Cross Country Short Course (XCC), Cross Country Team Relay (XCR) dan Cross Country Eliminator (XCE) dengan 14 kategori meliputi pelbagai lapisan umur untuk rebutan hadiah bernilai lebih RM70,000.

Setakat ini, seramai 150 orang peserta telah mengesahkan penyertaan dari negara ASEAN iaitu Thailand, Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, Chinese Taipei, Singapura serta pasukan dari Malaysia dan juga pasukan tempatan dari Sarawak dan Sabah.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang, Presiden (SCA), Dato’ Benjamin Hasbie, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Nasir Lariwoo serta penaja-penaja utama bagi SIMBC 2023 antaranya Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MCTP). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan