Search
Close this search box.
Pesawat MH122 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik pada pertengahan penerbangan kerana ada penumpang yang mencetuskan ‘gangguan’. Foto hiasan

Penerbangan MH122 patah balik ke Sydney, polis Australia tahan seorang penumpang lelaki

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Polis Persekutuan Australia (AFP) menahan seorang penumpang yang didakwa mencetuskan ‘gangguan’ di dalam pesawat Malaysia Airlines MH122 semasa dalam penerbangan.

AFP dalam kenyataan media yang disiarkan di laman webnya berkata penumpang lelaki berumur 45 tahun itu ditahan tanpa sebarang insiden dan dijangka akan didakwa lewat malam ini.

“Penumpang itu telah dipindahkan dari pesawat. Tiada ancaman besar kepada orang ramai,” menurut kenyataan itu.

Menurut AFP pihaknya tidak akan mendedahkan butir-butir mengenai operasi, tetapi berkata pelan tindak balas kecemasan telah dilaksanakan dan tindakan memindahkan lelaki itu dibuat sebaik sahaja pelaksanaannya dianggap selamat untuk penumpang lain dan anak kapal.

Terdahulu, Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata MH122 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik pada pertengahan penerbangan kerana ada penumpang yang mencetuskan ‘gangguan’.

“Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk kembali ke Sydney. Penerbangan yang membawa 194 penumpang dan lima anak kapal itu mendarat dengan selamat pada pukul 3.47 petang waktu tempatan,” menurut kenyataan itu.

Satu klip video dipaparkan di aplikasi X (Twitter) oleh seorang individu yang mendakwa berada dalam penerbangan itu menunjukkan beberapa anak kapal cuba mententeramkan seorang lelaki selepas lelaki itu dilihat mula menjerit ke arah penumpang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan