Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah Foto: Perikatan Nasional Kedah (Facebook)

Muhammad Sanusi angkat sumpah MB Kedah hari ini

ByBernama

ALOR SETAR, 14 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, hari ini

Muhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, beliau akan melafaz sumpah memegang jawatan itu di Istana Anak Bukit, di sini pada 10 pagi.

“Saya akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit 10 pagi,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu, PN berjaya mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.

Beliau juga sebelum ini adalah Menteri Besar Kedah ke-14 yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti ADUN ketika itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan