Search
Close this search box.
Pemain JDT Juan Muniz Gallego dicabar pemain Perak FC Raja Imran Shah Raja Amin pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Foto: BERNAMA

Liga Super: JDT benam Perak 5-0

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan penguasaan carta Liga Super selepas membenam Perak FC 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.

Tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-21 menerusi tendangan Heberty Fernandes De Andrade hasil hantaran oleh Endrick Dos Santos Parafita diikuti gol kedua menerusi tandukan Matthew Davies, enam minit kemudian.

Harimau Selatan menambah jaringan pada minit ke-35 menerusi Bergson da Silva yang berjaya menghidu kesilapan penjaga gol Perak T Shaheeswaran melakukan hantaran kepada pemain lawan sekali gus berada pada kedudukan selesa 3-0 sebelum tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan Oscar Pasero Arribas menambah derita skuad The Bos Gaurus selepas menjaringkan gol keempat hasil hantaran Jordi Amat Maas pada minit ke-55.

Sepakan percuma Juan Muniz Gallego tepat singgah di penjuru kanan gawang pelawat melengkapkan kemenangan skuad bimbingan Esteban Solari semalam.

Sementara itu, Sabah FC memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila berjaya menewaskan Kuala Lumpur City FC 3-2 di Stadium Likas, Kota Kinabalu semalam.

Sang Badak memecah kebuntuan gol selepas rembatan kencang Stuart Wilkin di dalam kotak penalti pada minit ke-50 berjaya menewaskan penjaga gol pasukan lawan Kevin Ray Mendoza

Tersentak dengan jaringan tersebut, KL City bangkit mengekang kegembiraan Sabah menerusi jaringan Romel Morales sembilan minit kemudian diikuti Haqimi Azim Rosli pada minit ke-70.

Sabah kemudian merapatkan jurang hasil gerakan cantik Park Tae Su pada minit ke-78 yang berjaya menewaskan Mendoza sekali lagi menjadikan kedudukan terikat 2-2.

Pemain tuan rumah Gabriel Peres muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Sabah FC pada minit ke-89 sekali gus mengubat kekecewaan tewas kepada JDT 5-1, Rabu lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan