Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni. Foto: Bernama.

Inisiatif bantu pelajar Sarawak ringankan beban hutang PTPTN wajar terus diperkasa – Lukanisman

KUCHING, 14 Ogos: Inisiatif Kerajaan Sarawak dalam usaha membantu pelajar Sarawak meringankan beban hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) wajar terus diperkasakan. 

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Lukanisman Awang Sauni, insentif tersebut merupakan usaha Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membantu mengurangkan beban hutang golongan pelajar.    

“Saya ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Premier dan Kerajaan Sarawak atas pertambahan dana bagi insentif pembayaran balik pinjaman PTPTN anak Sarawak.  

“Ini adalah signal jelas bahawa program bantuan ini bukan dibuat secara one-off tetapi merupakan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak sejak tahun 2020,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Tambahnya lagi, sejak 2018 pelbagai aspek pendidikan mendapat perhatian serius Kerajaan Sarawak. 

Amtaranya ialah pemberian dana RM1 billion Sekolah daif, RM50 juta penyambungan grid elektrik ke sekolah, Insentif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) sebanyak RM600 seorang, insentif yuran percuma di peringkat Pra-U di IPT milik Kerajaan Sarawak dan terbaharu pengwujudkan Sovereign Fund bagi tujuan simpanan tabung masa depan anak Sarawak.  

Ujanya, ia adalah hasrat Premier Sarawak bagi memberi pendikan percuma kepada generasi akan datang.  

 Justeru itu, beliau berharap insentif ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan tambah baik agar anak muda Sarawak dapat menikmati limpahan maanfaat dari Kerajaan Sarawak. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan