Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam. Foto: Anwar Ibrahim (Twitter)

PRN: Anwar ucap terima kasih kepada semua pengundi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyatakan akan terus mengenang sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Terima kasih kepada semua pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Saya hargai dan saya tidak lupa dukungan kalian,” katanya dalam hantaran itu.

Keputusan PRN enam negeri menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dimenangi PH dan Barisan Nasional yang membentuk kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan.

Kelantan, Kedah dan Terengganu pula di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan