Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyampaikan replika cek kepada para pemenang. Foto: TVS

Perkasa fungsi masjid dan surau untuk aktiviti kemasyarakatan

KUCHING, 13 Ogos: Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau di seluruh Sarawak disaran supaya memperkasakan peranan dan fungsinya untuk aktiviti kemasyarakatan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini kerana masjid dan surau memainkan peranan penting bagi menyokong inisiatif memperkasa masyarakat setempat.

Ujar Abdul Rahman, aktiviti kemasyarakatan perlu diadakan secara berterusan kerana ia boleh menjadi platform terbaik mengeratkan silaturahim.

Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika berucap di Majlis Penangguhan Mini Karnival Darul Hana di Masjid Darul Hana Kuching. Foto: TVS

“Masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan sahaja malahan kita hendak anjurkan acara kemasyarakatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Mini Karnival Darul Hana di Masjid Darul Hana Kuching, hari ini.

Tambah Abdul Rahman, aktiviti kemasyarakatan harus diteruskan sebagai wadah perpaduan.

Untuk rekod, setakat ini lebih 1,500 masjid dan surau terdapat di Sarawak berada di bawah pengelolaan Jawatankuasa Pengurusan Masjid di kawasan masing-masing dan diwartakan di bawah Majlis Islam Sarawak.

Masjid Darul Hana pula ditubuhkan pada 2016 hasil daripada cetusan idea Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan menjadi perintis urbanisasi kepada masjid dan surau dikawasan sekitar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan