Search
Close this search box.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Taat Setia Serta Sumpah Rahsia Ketua Menteri di Seri Mutiara hari ini. Foto: Bernama

Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang

ByBernama

GEORGE TOWN, 13 Ogos: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua di Seri Mutiara, di sini pagi ini.

Chow, 65, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada pukul 9 35 pagi.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang Datuk Mohd Sayuthi Bakar serta barisan pimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) negeri.

RASMI: Gabungan PH-BN bentuk Kerajaan P. Pinang – Kon Yeow

Chow, yang sebelum ini pernah diumumkan menjadi calon Ketua Menteri oleh PH jika parti itu memenangi pilihan raya, akan mengetuai Kerajaan Negeri Perpaduan setelah gabungan PH-BN itu memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Beliau memperoleh 8,261 undi dengan majoriti 7,116 menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) H’ng Khoon Leng yang mendapat 1,145 undi.

Chow, yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu Kawan, menyandang kerusi DUN Padang Kota sejak 2008 hingga sekarang.

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 14 Nov 1958, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Jalan Sungai Besi (1), Kuala Lumpur sebelum ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 1971.

Chow menyambung pendidikan tinggi ke Kolej Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1976 hingga 1977 sebelum menyambung pengajian tinggi di Universiti Sains Malaysia untuk Ijazah Sains Sosial pada 1980 hingga 1984.

Pada 1978, Chow pernah berkerja sebagai Penggubal Undang-undang di firma swasta dan sebagai Penolong Penyunting, National Echo (Mingguan Sabtu) pada 1985.

Kerjaya politik Chow bermula apabila beliau mula bertugas sebagai setiausaha politik kepada Lim Kit Siang pada 1986 dan memegang jawatan Penolong Setiausaha DAP Pulau Pinang pada 1989.

Beliau pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum 1990 dan berjaya menewaskan calon BN Dr Loh Hock Hun di DUN Pengkalan Kota dengan majoriti 3,670 undi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan