Search
Close this search box.
Kakitangan dan ahli Majlis Daerah Sarikei (MDS) turun padang menjayakan Kempen Basmi Tikus di kawasan tumpuan awam sekitar bandar Sarikei, pada hari ini. Foto: TVS

Kempen Basmi Tikus di Sarikei tingkat kebersihan pasar

SARIKEI, 11 Ogos: Program Kempen Basmi Tikus di sini diadakan lokasi tumpuan orang ramai sebagai usaha meningkatkan kesedaran berkenaan kebersihan setempat.

Antara lokasinya merangkumi asar Tamu Sungai Rajang, Medan Selera, Pasar Sungai Sarikei dan Pasar Buah-Buahan.

Ahli Majlis Daerah Sarikei, Kaunselor Ling Chai Yun berkata kempen berkenaan bertujuan membendung penyakit leptospirosis dalam kalangan komuniti.

“Program dilaksanakan untuk menimbulkan kesedaran pentingnya menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan pembiakan tikus sekali gus dapat menghindari jangkitan penyakit yang berbahaya.

“Selain mengedarkan risalah kempen ia turut dilakukan dengan memberi penerangan secara bersemuka kepada orang ramai khususnya peniaga di kawasan yang terlibat,” katanya.

Ling berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong Sii merasmikan kempen berkenaan di sini, pada Jumaat.

Sehubungan itu, Ling mengingatkan warga Sarikei agar sentiasa menjaga kebersihan terutama dalam kalangan komuniti penjaja dan restoran.

“Kita juga memohon agar semua masyarakat bekerjasama dengan MDS supaya tahap kebersihan dapat ditingkatkan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan