Search
Close this search box.
Mohd Zaini ditemui media selepas acara pengebumian Mejar KM (B) Michael Riman Bugat di Makam Pahlawan, di sini, hari ini. Foto: Lorenzo Isaac

Michael Riman saudara Iban yang saya sanjungi – Mohd Zaini

ByOdleen Catherny

KUCHING, 10 Ogos: Pemergian Mejar KM (B) Michael Riman Bugat amat memberi kesan terhadap rakan seperjuangannya termasuk bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Mohd. Zaini Mohd. Said.

Berkongsi perasaan sedih, Mohd. Zaini berkata, beliau sudah menganggap Michael Riman sebagai saudaranya daripada kaum Iban.

“Saya akan merindui mendiang (serta) keluarganya (bahkan saya menganggapnya) sebagai adik yang amat disanjungi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengembumian wira negara itu di Makam Pahlawan, di sini hari ini.

@tvstvmy

Semangat juang mendiang Mejar (B) Micheal Riman Bugat hingga akhir hayatnya wajar dicontohi golongan muda di negeri ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau menyifatkan mendiang yang sentiasa merendah diri juga sepanjang hayatnya sentiasa aktif menyertai program yang dianjurkan kerajaan negeri. TVS122 TVSNews #TVSUtama beritaditiktok fyp sarawak

♬ original sound – TVS News – TVS News

Michael Riman,71, yang terkenal kerana keberaniannya dalam beberapa siri pertempuran dengan komunis meninggal dunia pada pukul 9 pagi, Isnin lepas di Hospital Umum Sarawak.

Ketika hayatnya, Michael Riman pernah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 6 Jun 1984 selain pernah memikul tugas mengendalikan urusan logistik sebagai Kuarters Master di Rejimen 511 Askar Wataniah, Batu 7, Kuching.

Sementara itu, Mohd. Zaini berkata, keakraban beliau dengan mendiang terbentuk kerana sudah lama mengenali pahlawan itu ketika bertugas di Sarawak pada 1969.

“Sudah banyak tempat saya kunjungi seperti Sri Aman, Song, Kapit, Sarikei dan banyak tempat lagi.

“Saya mempunyai ikatan persaudaraan yang akrab dengan orang Iban dan juga orang Sarawak pada keseluruhannya,” katanya.

Berkenaan dengan kehadirannya ke Sarawak untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang, Mohd. Zaini berkata, beliau sanggup terbang ke sini kerana ikatan persahabatan yang erat. 

Mohd. Zaini merupakan penerima anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang merupakan anugerah tertinggi Malaysia berikutan peranannya ketika pertempuran membabitkan pasukan keselamatan negara dan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk di Perak, lebih 23 tahun lepas.

Dalam pada itu, Mohd. Zaini turut berkongsi yang beliau merupakan penerima SP tunggal yang masih hidup daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan