Search
Close this search box.
Kes rabies di Sarawak menunjukkan peningkatan ketara dengan 13 kematian telah dilaporkan dari 1 Januari hingga 7 Ogos tahun ini. Gambar hiasan: Envato.

Kes rabies di Sarawak meningkat catat 13 kematian

ByDayu Adruce

KUCHING, 10 Ogos: Kes rabies di Sarawak menunjukkan peningkatan ketara dengan 13 kematian telah dilaporkan dari 1 Januari hingga 7 Ogos tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Ooi Choo Huck berkata,  peningkatan kes yang ketara berbanding hanya lapan kes bagi tempoh sama pada tahun 2022 itu menyaksikan pertambahan sebanyak tujuh kes atau 87.50 peratus. 

Jelasnya, kumulatif kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak yang dilaporkan semenjak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sehingga kini adalah sebanyak 70 kes dengan 63 kematian. 

Menurutnya, daripada 15 kes dilaporkan pada 2023, lima kes adalah dari Bahagian Sibu,empat kes dari Bahagian Serian, 3 kes dari Bahagian Kuching, 2 kes dicatatkan di Bahagian Bintulu dan satu kes dari Bahagian Samarahan. 

“Sebelas kes yang dilaporkan pada tahun ini mempunyai sejarah digigit anjing, dua kes mempunyai sejarah digigit atau dicakar kucing, manakala dua kes tidak mempunyai sejarah pendedahan yang jelas. 

“Daripada 13 kes yang mempunyai sejarah digigit anjing dan dicakar kucing, sebanyak lapan kes atau 61.54 peratus yang tidak mendapatkan rawatan dari manamana fasiliti kesihatan selepas digigit atau dicakar oleh haiwan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan peningkatan kes rabies di Sarawak, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus rabies. 

Tambahnya lagi, bagi meningkatkan akses kepada rawatan dan vaksin anti-rabies yang diperlukan oleh penduduk yang terkesan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menubuhkan Post-Bite Clinic di 64 buah kemudahan kesihatan awam dan 29 buah fasiliti swasta di seluruh negeri Sarawak.  

“Terdapat sebelas buah hospital turut memberikan perkhidmatan suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) kepada kes-kes berisiko tinggi,” ujarnya. 

Tegasnya, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta Jabatan Veterinar Sarawak (DVS) dalam 4 usaha mencapai Sarawak dan Malaysia yang bebas rabies menjelang tahun 2030. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan