Search
Close this search box.
Mendiang disemadikan bersebelahan wira negara, mendiang DSP Michael Padel dan tokoh pahlawan Iban, mendiang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau.

Jasad mendiang Mejar (B) Michael Riman selamat disemadikan di Makam Pahlawan Kuching

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 10 Ogos: Wira negara, Mejar KM (B) Michael Riman Bugat yang meninggal dunia pada Isnin, selamat disemadikan di Makam Pahlawan Kuching jam 10.30 pagi, pada Khamis.

Michael, 71, berasal dari Saribas, itu meninggal dunia pada jam 10.49 pagi di Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat komplikasi buah pinggang.

Upacara pengebumian mendiang telah disaksikan kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga dan teman-teman rapat yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen), Mejar Jeneral Hassan Embong, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Zambery Jefry Haji Darus, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata, penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Lt. Jeneral Datuk Sri Panglima Zaini Mohd Said dan Jen (B) Datuk Stephen Mundaw serta anggota Tentera Darat Malaysia, Persatuan Veteran Sarawak Rangers.

Mendiang disemadikan bersebelahan wira negara, mendiang DSP Michael Padel dan tokoh pahlawan Iban, mendiang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau.

Mendiang merupakan penerima beberapa pingat termasuk pingat Panglima Gagah Berani pada 6 Jun 1984.

Bermula sebagai rekrut Tentera Darat pada 22 Jun 1973, mendiang kemudiannya diserap masuk ke dalam kumpulan pertama Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (RRD) di Kem Terendak, Melaka dengan menyertai Platun Kilat atau Platun Ngalaban.

Mendiang pernah terbabit dalam beberapa siri pertempuran bermula pada 9 Oktober 1976 di Kampung Serangan, Lundu, Sarawak dan pada 26 Disember 1977 di Gopeng, Perak.

Dalam kedua-dua operasi berkenaan, mendiang berjaya membunuh dua orang pengganas komunis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan