Search
Close this search box.
Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semasa ditemui pemberita di Dewan Suarah, Kuching hari ini.

Wujud jawatankuasa dedikasikan penghargaan terhadap jasa wira negara – Wan Junaidi

BySteward Dawi

KUCHING, 9 Ogos: Jasa dan sumbangan yang dicurahkan wira negara ketika berkhidmat menjaga keamanan negara ini perlu didedikasikan penghargaan yang sewajarnya, kata Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan satu jawatankuasa bersama bagi bekas polis dan tentera ditubuhkan bagi meneliti semula penghargaan yang harus diberikan kepada para bekas parajurit negara.

“Jawatankuasa bersama ini penting untuk memohon kepada kerajaan negeri memberi penghargaan dengan meneliti beberapa aspek. Salah satu ialah penghargaan Kerajaan Sarawak yang harus diberikan kepada para pejuang negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Mejar (B) Micheal Riman Bugat di Dewan Suarah, Kuching, pada Rabu.

Menurut beliau Sarawak telah berhadapan dengan ancaman Komunis sejak tahun 1952 dan kebanyakkan pejuang keamanan terlibat dalam melawan pengganas komunis pada masa tersebut.

“Sejak dari itu ada kerja-kerja polis dan tentera tidak diketahui umum. Walaupun mereka (polis dan tentera) sentiasa mengukir senyuman di muka, tetapi pada masa yang sama sibuk memikirkan cara untuk mempertahankan negara supaya tidak kacau-bilau,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memetik contoh mendiang Mejar (B) Micheal Riman Bugat yang telah dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 6 Jun 1984 bagi menghargai jasanya yang telah berjuang melawan komunis.

“Alhamdulilah, jenazah mendiang akan disemadikan di Makam Pahlawan Kuching. Ini merupakan penghargaan wajar yang diberikan.

“Walaubagaimanapun, kebajikan waris dan keluarga mendiang perlu diberi perhatian termasuk memberi penghargaan negeri kepada mendiang,” tegasnya.

Jasad mendiang Mejar KM (B) Micheal Riman Bugat ditempatkan ke Dewan Suarah, di sini bermula selasa untuk penghormatan terakhir sebelum disemadikan di Makam Pahlawan pada Khamis.

Untuk rekod, mendiang merupakan salah seorang ahli Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer (PVTKR). – TVS

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan