Search
Close this search box.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata (tengah) menunjukkan peralatan yang dirampas ketika serbuan di dua buah kondominum dipercayai dijadikan sebagai pusat pangilan oleh sindiket penipuan tawaran kerja sambilan di Youtube 'Like & Share'. Foto: TVS.

Sindiket tawar kerja sambilan di YouTube babit kerugian RM1.8 juta tumpas

KUCHING, 9 Ogos: Polis Sarawak menumpaskan satu sindiket penipuan tawaran kerja sambilan secara dalam talian selepas menahan lima warga tempatan di sini, kelmarin.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an termasuk seorang wanita dicekup dalam serbuan berasingan di dua unit kondominium di sekitar Kuching sekitar jam 8 malam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata (kiri) menunjukkan kenderaan yang dirampas pihak polis ketika serbuan di dua buah kondominum dipercayai dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket penipuan tawaran kerja sambilan di Youtube ‘Like & Share’ pada Isnin di kawasan Kuching. Foto: TVS.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, siasatan awal mendapati suspek terbabit beroperasi sebagai pusat panggilan dengan menjalankan kegiatan pengawalan akaun bank mangsa penipuan tawaran kerja tidak wujud terbabit.

Suspek juga katanya, turut melakukan pindahan wang dari akaun bank mangsa ke satu lagi akaun bank yang ditetapkan oleh sindiket menerusi satu kumpulan dalam aplikasi Telegram.

“Golongan sasaran adalah daripada mangsa tempatan dan warganegara asing dari Indonesia.

“Kita juga percaya sindiket ini mula aktif beroperasi sejak bulan Jun 2023 lalu,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan tersebut polis turut merampas 45 keping kad ATM daripada pelbagai akaun bank, tiga buah kenderaan, komputer riba serta 21 telefon bimbit pelbagai jenama yang danggarkan bernilai lebih RM130,000.

Antara peralatan yang dirampas ketika serbuan di dua buah kondominum dipercayai dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket penipuan tawaran kerja sambilan di Youtube ‘Like & Share’. Foto: TVS.

Katanya, polis percaya kesemua akaun bank digunakan oleh sindiket terbabit dalam kegiatan tersebut merupakan akaun keldai dan usaha mengesan kesemua keldai akaun terbabit sedang giat dilakukan.

“Kita anggarkan jumlah keseluruhan kerugian melibatkan kes ini iaitu penawaran kerja sambilan di YouTube ‘Like & Share’ ini adalah sebanyak RM1.8 juta,” katanya.

Mancha berkata, kesemua suspek kini direman empat hari sehingga 12 Ogos  bagi membantu siasatan kes terbabit.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 12B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dengan denda jika sabit kesalahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan