Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa ditemui pemberita di Dewan Suarah Kuching, Pada Rabu.

Semangat mendiang Mejar (B) Micheal Riman Bugat perlu dicontohi anak muda – Abdul Karim

BySteward Dawi

KUCHING, 9 Ogos: Semangat juang mendiang Mejar (B) Micheal Riman Bugat hingga akhir hayatnya wajar dicontohi golongan muda di negeri ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menyifatkan mendiang yang sentiasa merendah diri juga sepanjang hayatnya sentiasa aktif menyertai program yang dianjurkan kerajaan negeri.

“Saya sendiri sangat terkesan dengan kehilangan mendiang. Baru-baru ini ada dua tiga program mendiang turut terlibat sama. Program itu ialah perarakan sempena Hari Merdeka Sarawak (22 Julai 2023) dan program perasmian Tugu Peringatan Kampung Jangkar di daerah Lundu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Mejar (B) Micheal Riman Bugat di Dewan Suarah, Kuching di sini, hari ini.

Jelas Abdul Karim, mendiang merupakan seorang veteran tentera yang sangat disenangi dan komited melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Menurutnya mendiang merupakan salah seorang pejuang negara yang sanggup berkorban nyawa demi menjaga keselamatan negara tercinta.

“Kebebasan, keamanan dan limpahan pembangunan yang dikecapi kita hari ini merupakan hasil perjuangan parajurit negara dahulu termasuk mendiang Micheal Riman,” tambahnya.

Justeru, Abdul Karim menyeru semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda menghargai jasa para wira negara dengan memanfaatkan keamanan yang ada dengan cara melakar kejayaan dalam pelbagai bidang.

Mendiang, 71, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Umum Sarawak pada 9 pagi, Isnin.

Mendiang dikurniakan pingat PGB pada 6 Jun 1984 dan pernah memikul tugas mengendalikan urusan logistik sebagai Kuarters Master (KM) di Rejimen 511 Askar Wataniah, Batu 7, Kuching.

Selain itu, mendiang juga pernah menyandang tugas yang sama di kem Bau disusuli Markas 1 Divisyen, Sekolah Tentera Darat di Ulu Tiram Johor dan Maktab Tentera Diraja Sungai Besi. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan