Search
Close this search box.
Pembakaran terbuka yang dikesan di Lawas. Foto: BBP Lawas.

Masih ada pembakaran terbuka dikesan di Lawas – Azman

LAWAS, 9 Ogos: Bomba Lawas mengesan masih ada aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan di kawasan titik panas dan dikenal pasti berisiko di daerah ini ketika musim panas dan kering yang melanda negara sekarang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata, hasil rondaan dan pemantauan berterusan di daerah ini, pihaknya mengesan tiga aktiviti pembakaran terbuka di kawasan berisiko.

Ketua BBP Lawas, Azman Ibrahim turut menyertai UKTK peringkat BBP Lawas. Foto: BBP Lawas.

“Orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya di kawasan yang mudah dan sering terbakar khususnya di kawasan titik panas dan dikenal pasti berisiko,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan pencemaran alam sekitar seperti yang tertakluk di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan anggota BBP Lawas turut menyertai Program Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan (UKTK) Big Bang Peringkat BBP Lawas semalam.

Program yang diadakan secara serentak itu berlangsung secara hibrid melalui aplikasi Google Meet melibatkan semua Pejabat Zon dan Balai Bomba di seluruh Sarawak.

UKTK Big Bang direka selaras dengan instrumen penilaian dalam bentuk simulasi yang menguji komponen kecergasan, kemahiran dan pengetahuan kebombaan pegawai bomba gred KB19 dan KB22 yang merangkumi empat stesen disiplin. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan