Search
Close this search box.
Isteri Premier Sarawak yang juga Presiden SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Setiausaha Agung SABATI, Datin Enn Ong Siok Ean hadir Program Hari Suri Beriadah diadakan buat kali kedua di Wisma SABATI, di sini, petang tadi. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Kakitangan awam beriadah mampu tingkatkan mutu perkhidmatan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 9 Ogos: Penglibatan kakitangan awam dalam aktiviti sukan dan riadah dapat memupuk gaya hidup sihat selain akan turut meningkat mutu perkhidmatan mereka.

Setiausaha Agung Wisma Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) Datin Enn Ong Siok Ean berkata, penyertaan dalam aktiviti sukan dan riadah bukan sahaja memberi peluang kepada kakitangan awam untuk mengenali satu sama lain malah akan turut mengukuhkan hubungan silaturahim antara mereka.

Setiausaha Agung Wisma Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) Datin Enn Ong Siok Ean. Foto: Faitullah Morni (TVS).

“Setiap bulan, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota (MAKSAK) dan SABATI akan berkumpul untuk beriadah dan mengenali antara satu sama lain.

“Aktiviti ini amat menyeronokkan dan apa yang penting adalah kesejahteraan dan kesihatan kakitangan awam serta merapatkan hubungan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Hari Suri Beriadah anjuran SABATI dan Exco MAKSAK Wanita di Wisma SABATI, hari ini.

Program berkenaan turut dihadiri isteri Premier Sarawak yang juga Presiden SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Seramai 50 anggota MAKSAK dan SABATI menyertai program hari ini.

Sementara itu, Enn Ong Siok Ean memaklumkan, pihaknya juga mengadakan aktiviti amal.

“Ini merupakan salah satu usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami. Antara aktiviti yang dilakukan adalah menziarahi pesakit di hospital, menderma peralatan dan keperluan hospital serta menyantuni golongan yang kurang bernasib baik termasuk anak-anak PERYATIM.

“Selain itu, kami juga menderma bantuan kewangan dalam bentuk ‘ang pao’ dan sebagainya,” tambahnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan