Search
Close this search box.
Saksikan program realiti terbaharu TVS, ‘Crocodile Byte’ yang memaparkan usahawan di Sarawak bersaing menjual idea kreatif masing-masing. Foto: TVS

‘Crocodile Byte’, rancangan realiti tonjol usahawan Sarawak berjuang tarik pelaburan

BySalasiah Safian

KUCHING, 9 Ogos: Bermula 14 Ogos ini, saluran TVS akan menyiarkan program realiti terbaharu, ‘Crocodile Byte’ yang memaparkan inovasi dunia keusahawanan.

Diterbitkan dengan kerjasama Creative Heritage & Innovation Community (CHIC) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), program ini dijangka akan menawan hati penonton serta memberi inspirasi kepada mereka yang berminat dalam dunia perniagaan.

Apa yang lebih menarik, ‘Crocodile Byte’ yang diterbitkan sebanyak enam episod ini turut menyediakan platform kepada pemilik perniagaan yang masih baharu di Sarawak untuk mendapatkan pelaburan dan sokongan yang diperlukan.

Menerusi episod pertama pukul 8.45 malam, penonton akan berkenalan dengan barisan usahawan yang bercita- cita tinggi dari Sibu.

Episod ini akan mengetengahkan Ketua Pegawai Eksekutif Instacom Engineering, Anne Kung dan Ehon Chan dari Ehon Chan Consulting yang merupakan 'Crocs'.

Peserta minggu pertama, pengasas Urban Jungle, Sharry J akan mengemukakan konsep Urban EDU yang inovatif untuk memikat hati 'Crocs'.

Saksikan rancangan ini di TVS saluran 122 Astro dan MyTV pada setiap Isnin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan