Search
Close this search box.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki ketika berucap merasmikan Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei 2023 di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak

Bergerak seiring hala tuju Premier Sarawak, sampai perkhidmatan kepada masyarakat

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 9 Ogos: Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak disaran untuk bergerak seiring dengan kepimpinan dan hala tuju Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki berkata, ini berikutan peredaran masa dan ekspektasi tinggi daripada masyarakat menuntut Perkhidmatan Awam Sarawak untuk lebih proaktif dan inovatif dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

“Kita sentiasa menekankan pentingnya untuk kita bersama dengan Premier Sarawak. Sebab kita sedia maklum Abang Johari sentiasa memikirkan idea-idea baharu untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang maju makmur.

“Saya menekankan kepada sahabat-sahabat perkhidmatan awam bahawa kita hendaklah berlari sepantas Premier Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak amat menitikberatkan tadbir urus yang baik bagi memastikan Sarawak mempunyai satu piawaian etika dan prinsip tadbir urus yang baik dalam pentadbiran awam.

“Satu Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Ombudsman Sarawak dijangka akan dibentangkan untuk kelulusan DUN menjelang hujung tahun ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menagih sumbangan perkhidmatan awam Sarawak untuk bekerjasama dalam satu pasukan bagi memastikan inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Semua ini memerlukan kita untuk memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini supaya semua idea-idea ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi impak positif kepada sosioekonomi rakyat Sarawak,” katanya.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sijil penyertaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2023, penyampaian Penghargaan Bakal Pesara 2023 dan 2024 serta penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2022.

Ia turut disaksikan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Datu Abdullah Julaihi.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan