Search
Close this search box.
Nuriddin Amadbekovbich Davronov dan Petrus Shitembi (kanan) merupakan pemain import baharu yang dibawa masuk Kuching City FC. Foto: FB Kuching City FC

Pemain kebangsaan Namibia, Tajikistan sertai Kuching City

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 7 Ogos: Pasukan Kuching City FC mengikat dua lagi pemain import baharu menerusi jendela perpindahan kedua Liga Super dalam usaha memperbaiki kedudukan liga dan mengharungi saingan Piala Malaysia.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Kuching City, pihak kelab memaklumkan dua pemain import yang bermain di posisi tengah dibawa masuk iaitu Petrus Shitembi, 31 dan Nuriddin Amadbekovbich Davronov, 32, masing-masing dari Namibia dan Tajikistan.

“Sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 Ogos lepas, pihak kelab telah berjaya menandatangani dua  pemain import baharu bagi baki saingan Liga Super tahun ini.

“Kita harapkan dengan kehadiran dua pemain tengah ini dapat memberi impak positif kepada kelab,” katanya.

Untuk rekod, Petrus pernah beraksi dalam kancah Liga Super bersama pasukan Sabah pada 2020 dan Terengganu pada 2021.

Ini merupakan kali pertama buat Nurridin yang mempunyai 60 kaps bersama Tajikistan sejak 2008.

Sebelum ini, skuad dengan jolokan The Cats itu membawa masuk penyerang kelahiran Sao Paulo, Brazil, Bruno Dyabal dan turut mendapatkan sentuhan jurulatih dari Singapura, Aidil Shahrin Sahak bagi menggantikan Irfan Bakti yang meletakkan jawatan.

Selepas 18 perlawanan, Kuching City menghuni tangga kedua tercorot liga dengan sekadar meraih tujuh mata hasil daripada satu kemenangan, empat seri dan 13 kekalahan.

Lebih memeritkan, pasukan itu tewas dalam perlawanan pertama saingan Piala Malaysia di tangan Sabah dengan keputusan 0-3 di laman sendiri minggu lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan