Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pendakwah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias menyampaikan ceramah di Masjid Darul Hana, Kuching, malam tadi. Foto: TVS.

Ustaz Kazim sampai ceramah ‘Perpaduan Dalam Komuniti’ anjuran DBKU

KUCHING, 5 Ogos: Bagi meraikan sambutan Ulang Tahun Hari Bandaraya ke-35, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menganjurkan Ceramah Perdana Bandarayaku pada Jumaat bersempena dengan Pesta Kuching 2023.

Turut didatangkan khas kehadiran jemputan penceramah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias yang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Perpaduan Dalam Komuniti’ yang bersesuaian dengan Sarawak yang dihuni pelbagai kaum dan agama.

Warga Kuching membanjiri Masjid Darul Hana, Kuching. Foto: TVS.

Dianggarkan seramai 2,500 orang telah membanjiri Masjid Darul Hana, Kuching bagi mengikuti Ceramah Perdana Bandarayaku pada Jumaat malam.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin bersama warga Kuching. Foto: TVS.

Turut hadir sama memeriahkan majlis, Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta isteri, Datin Hajah Shorgayah Ahmad Zaidin, Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan, dan Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin.

Majlis turut menyaksikan pemberian cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenangan kepada Datuk Mohamad Kazim Elias daripada Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Datu Junaidi Reduan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan