Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto: TVS.

AIFFA rancakkan industri pelancongan Sarawak – Nancy

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 5 Ogos: Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023 dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk melancong ke Sarawak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, menerusi program menarik sempena AIFFA potensi Sarawak untuk menjadi hub pelancongan akan menjadi lebih rancak dan satu yang amat baik untuk industri pelancongan Sarawak.

“Saya melihat lebih banyak pengunjung dan peserta AIFFA tahun ini berbanding tahun yang lepas. Saya cukup gembira dengan bagaimana AIFFA menjadi satu platform untuk orang ramai berkongsikan pengalaman mereka kepada yang datang dari luar negara,” katanya ketika ditemu bual di carpet merah AIFFA 2023.

Selain itu, Nancy turut menzahirkan sokongan beliau kepada semua peserta yag terlibat secara langsung dalam AIFFA 2023 malam tadi

“Kita akan sentiasa memberi sokongan kepada industri filem Asia bagi mengalakkan mereka untuk menjadi pihak yang mampu mempromosikan adat, budaya dan tempat kita,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan